Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk tidak berkahak perit dada

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 13, 2021 5:53 PM

Sulit 3 bulan

Hi doktor. Pada 28 mei sy mengalami allergic rhinitis yg agak teruk selepas membersihkan sangkar kucing & habuk di rumah. Sy bersin selama 1 minggu sebelum akhirnya reda. Sepanjang tempoh tersebut sy mengambil ubat loratadine setiap hari dan menggunakan budesonide nasal spray 2x sehari. Berikutan penggunaan spray tu sy jadi xselesa tekak. Dan telinga tersumbat. Tekak sy sembuh selepas 3hari,manakala selsema bersin sy sembuh selepas seminggu. Tp telinga sy masih berdengung sumbat selama seminggu lebih.

Dlm tempoh tersebut sy masih lagi mngunakan nasal spray tersebut setiap hari. Dan akhirnya muncul pula batuk. Sy dpt rasa batuk ni xberkahak. Kering. Tapi perit dada.
Batuk ni tak menyebabkan gatal atau tidak selesa pada tekak. Hanya rasa perit sahaja di dada. Dan semakin hari semakin kerap sy batuk. Sudah hampir 2 minggu.

Saya tak ambil ape² ubat batuk sebelum ni.hanya baru 2 hari ni sy makan ubat batuk hurix 600flucough. Tp batuk sy smkin teruk pula. Dada semakin perit bila batuk. Batuk tidak berkahak. Apa punca batuk yang secara tiba² ni ye? Adakah faktor penggunaan budesonide spray tu? Sebab sy spray di hidung da sedut dlm hingga terasa di tekak. Ubat batuk jenis apa yang boleh sy ambil ye?

Dr Ramzdhan 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Kami memahami anda mengalami gejala batuk kering dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.

Untuk pengetahuan anda, gejala batuk kering boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Terdedah kepada udara kotor seperti jerebu dan asap rokok
  • Alahan pada saluran pernafasan
  • Inflamasi & iritasi tekak
  • Kesan sampingan ubat seperti budesonide

Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:

  • Jangkitan Tuberkulosis
  • Jangkitan Pertusis (batuk kokol)
  • Radang paru-paru
  • Bronkiektasis
  • Jangkitan virus/bakteria
  • Serangan asma

Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Dikemaskini pada: Sun Jun 13 2021 17:53:03 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Respiratori tentang batuk secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19