mizznovexx
5 tahun
Bayi berusia 9 bulan mengalami kulit merah merah selepas diberi makan yogurt. Merah naik pada bahagian mulit, badan sebelah kanan, belakang kepala dan peha
Saya mempunyai seorang anak saudara lelaki berusia 9 bulan. Ibu saya telah memberikan sedikit yogurt perisa biaza pada anak saudara saya hanya 3 suap. Selepas sejam, saya perasan bahagian mulut baby berkenaan naik merah2 kemudiaan diikuti bahagian belakang kepala serta badan. Adakah anak saudara saya mengalami lactose intolerant atau alergic lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang anda berikan adalah tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan.
Untuk makluman pihak anda, selain alahan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya adalah seperti penyakit sopak garam iaitu urticari, vasculitis, demam denggi, jangkitan bakteria dan sebagainya.
Manakala, untuk masalah lactose intolerance, gejala ruam tidak berlaku. Gejala yang merujuk kepada masalah ini adalah seperti di bawah setelah seseorang individu mengambil makanan atau minuman yang mengandungi produk tenusu:
- Perut kembung.
- Sakit atau kekejangan di bahagian bawah perut.
- Perut berbunyi.
- Gas.
- Najis atau cirit-birit yang longgar. Kadang-kadang najis berbuih.
- Muntah.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































