Sulit
3 tahun
Belum bersedia untuk hamil
Isteri saya sudah lewat 3 hari untuk datang haid… Memandangkan kami belum bersedia untuk kehamilan kali ke 5. Apakah ubat atau supliment yang terbaik untuk mengelakan kehamilan ini berlaku
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, tiada suplemen yang dapat mengelakkan kehamilan daripada berlaku. Pil perancang kecemasan mempunyai kadar mengelakkan kehamilan yang tinggi sekiranya diambil dalam lingkungan 72 jam setelah melakukan hubungan. Selain itu, haid yang lewat boleh disebabkan oleh beberapa faktor, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.