Sulit
2 tahun
Bengkak buasir hitam
Saya wanita 28 tahun tiba tiba mengalami bengkak dan sakit berdekatan anus. Setelah ke klinik, doktor mengesyaki saya menghadapi acute hemorrhoids dan telah memberikan saya ubat tahan sakit dan aveflon. Keesokannya bengkak menjadi semakin sakit dan saya ke hospital yang mana doktor membuat pemeriksaan dah mengatakan tiada anus terkeluar tetapi doktor mengatakan saya tidak faham kenapa bengkak terjadi. Seterusnya doktor hanya memberi saya ubat tahan sakit. Setelah 4 hari tanpa sebarang pembaikan, saya dapati bengkak di lower rectum masih sakit dan warna kulit menjadi kehitaman dan seperti berurat. Apakah buasir yang saya hadapi? Apakah terdapat cara lain untuk mengurangkan sakit bengkak ini? Kenapa kulit menjadi kehitaman? Harap doktor dapat bantu kekhuatiran saya.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak yang terdapat pada kawasan dubur anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dan bernanah
- Buasir yang dijangkiti kuman
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Penyakit radang usus
- Kanser dubur
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.