
Sulit
3 tahun
Bengkak di bahagian kemaluan
Saya lelaki berumur 23thn. Sejak dua hari lepas saya perasan ada bahagian kemaluan saya bengkak seperti bentan selepas sunat waktu kecikl dahulu dan bahagian sebelah kanan kemaluan seperti ada angin pasang. Ia juga kemerah-merahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kegelisahan anda yang mengalami bengkak dan kemerah-merahan pada bahagian kemaluan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti yang berikut :
- Jangkitan kuman pada bahagian tersebut
- Penyakit kelamin
- Masalah kencing kotor
- Inflamasi pada bahagian tersebut
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan seterusnya rawatan yang sepatutnya. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.