
Sulit
4 tahun
Bengkak di bawak ketiak tetapi tiada benjolan
Saya perempuan 19 tahun dan saya perasan saya mempunyai bengkak di bawah ketiak. Bengkak tu nampak bila kepit tangan atau bila saya dalam posture tegak diri seperti biasa nampak timbul bawah ketiak tu. Rasanya lembik seperti lemak tapi rasa sakit bila ditekan. Sebelum datang period bengkak tu jadi lagi besar dan sakit sangat sakit yang nyeri nyeri.bengkak tu ada pada dua dua belah ketiak kiri dan kanan tetapi sebelah kanan lagi besar daripada belah kiri. Boleh doctor beli penjelasan tak kenapa and perlu ke saya berjumpa doctor untuk keterangan lanjut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, bengkak dan benjolan adalan perkara yang sama. daripada maklumat tersebut, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala benjolan pada ketiak ini, antaranya:
- Alahan terhadap bahan kimia dalam ubat ketiak atau deodorant
- Terdapat kemungkinan deodorant yang dikatakan semula jadi masih mempunyai bahan kimia yang kurang serasi dengan kulit anda
- Foliculitis; jangkitan pada folikel bulu ketiak
- Benjolan daripada kalenjar limfa yang bengkak
- Lipoma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.