Sulit
3 tahun
Benjolan bawah kulit di area tepi collar bone
Saya remaja berumur 20 tahun, dan sedang belajar secara online di rumah. Semalam saya baru perasan ada satu benjolan di area tepi collar bone, di dalam kulit. bila saya tekan, ada rasa sakit. dan bila saya tarik nafas dalam dalam, ia terasa tegang dan sakit. badan saya juga lesu, sering penat. Kenapa ada benjolan tu ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah benjolan yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pembesaran kelenjar limfe
- pembesaran kelenjar tiroid
- Non cancerous tumor
- kesan sampingan ubat - ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.