
Sulit
3 tahun
Benjolan besar dan sakit di dalam vagina
Saya wanita berumur 31 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak .Doktor, pagi kemarin saya mula rasa sakit di bahagian bawah abdomen seperti sakit senggugut tapi saya tidak haid. Rasa macam mahu buang air besar tapi tak nak buang air. Petangnya baru saya perasan benjolan itu di dalam vagina sebelah kanan dan berkedudukan di bawah. Sekarang, benjolan itu semakin sakit dan benjolan itu ketara dari luar kalau saya duduk mencangkung. Benjolan tu macam bisul tapi masalahnya benjolan itu di dalam dan kalau dari luar, tiada tanda merah. Setiap kali duduk saya rasa sakit. Boleh doktor terangkan apa masalah saya sebenarnya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda,kami amat memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Mengikut kenyataan anda,masalah yang dinyatakan mungkin merupakan sista di kelenjar Bartholin.
Namun demikian suatu diagnosis tidak boleh diberikan tanpa membuat pemeriksaan fizikal.
Anda dinasihati dengan segera untuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Terdapat beberapa masalah lain juga yang perlu dikecualikan oleh seseorang doktor sebelum memberikan diagnosis ini.
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda boleh bercakap dengan doktor melalui atas talian untuk maklumat lain.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan