Sulit
4 tahun
Benjolan dan juga 2 bintik kecil di bahagian kemaluan
terdapat benjolan dan jugak dua bintik kecil di bahagian sulit saya doktor, dan benjolan itu agak sakit bila dia sentuh,dan bila dipicit keluar nanah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai gejala benjolan dan bintik kecil di bahagian alat sulit. Perkara ini semestinya menjadikan anda tidak selesa. Kami akan cuba sehabis baik untuk menerangkan mengenai masalah ini kepada anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Jerawat
- Alahan dermatitis
Atau ianya juga boleh berpunca daripada keadaan yang lebih serius seperti:
- Jangkitan herpes genital - dari virus yang boleh menyebabkan selesema
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit gatal seperti lichen sclerosis/planus
- Jangkitan kelamin yang lain
Memandangkan adanya risiko jangkitan terutama jika anda mengatakan bahawa keluarnya nanah, justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor bertauliah kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

































