Sulit
3 tahun
Benjolan di bahagian bawah payudara kiri
Saya perempuan berumur 25 tahun, pada tahun 2017, saya dapati terdapat terdapat benjolan keras di bahagian payudara kiri saya. Benjolan tersebut keras, bulat dan boleh digerakkan, saiz benjolan tersebut masih sama dari mula saya sedari benjolan tersebut. Saya tak rasa sakit kalau saya pegang benjolan tersebut, dan hanya rasa sakit bila waktu period
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, gejala benjolan keras pada bahagian payudara kiri yang hanya sakit pada waktu haid boleh disebabkan oleh ketumbuhan kelenjar pada kawasan payu dara anda. Benjolan yang anda perihalkan selalunya boleh disebabkan oleh penyakit kanser payu dara pada tahap 2 atau 3. Namun, benjolan tersebut juga boleh disebabkan oleh perkara lain. Berikut merupakan penjelasan mengenai punca benjolan tersebut:
- Kanser payu dara yang telah merebak ke kelenjar limpa
- Ketubuhan lemak (Lipoma)
- Jangkitan virus yang boleh menyebabkan kelenjar bengkak (sakit apa bila disentuh)
- Kanser darah atau kanser sum sum tulang.
- Kanser-kanser organ lain yang merebak ke kelenjar limpa pada kawasan tersebut
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Selalunya, kanser payu dara akan merebak kebanyakan pada kelenjar bahagian ketiak. Walaubagaimanapun, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini dengan segera kerana ini boleh menandakan bahawa anda mengalami penyakit kanser.
Jangan khuatir, dapatkan keterangan doktor anda terlebih dahulu mengenai masalah ini. Pastikan anda memantau simptom-simptom lain yang boleh menandakan bahawa itu merupakan kanser payu dara seperti:
- Keletihan dan tidak bermaya
- Tidak berselera makan
- Perubahan warna kulit pada payu dara
- Payu dara sakit
- Benjolan pada bahagian lain di kawasan seluruh badan
- Penurunan badan secara mendadak
- Pengeluaran discaj keputihan dari puting.
Untuk mengetahui lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.