Sulit
2 tahun
Benjolan di bahagian tengah antara kemaluan dan punggung
Saya pernah mengalami sembelit dan meneran dengan kuatt . . saya perasan ada benjolan yang timbul di sebelah kanan kawasan diantara vagina dan dubur . . saya tekan tidak sakit tetapi sedikit keras dan ia akan timbul apabila saya meneran sahaja . .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Uterovaginal prolapse (turun peranakan)
- Hernia
- Bartholin cyst
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini memerlukan perhatian anda dan doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.