
Anonymous
4 tahun
Benjolan di bawah ketiak selepas bersalin
Sy baru lps bsalin dan mendapti ada benjolan keras, bentuk tidak sekata di bawah ketiak kiri dan kanan sy. Benjolan makin besar dan rasa sakit apabila ditekan. Kulit di sekitar kawasan benjolan sedikit gelap. Adakah disebabkan hormon ketika mengandung atau slps bsalin? Atau ada risiko penyakit kritikal lain spt kanser?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. daripada maklumat tersebut, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala benjolan pada ketiak ini, antaranya:
Infeksi
Alahan terhadap bahan kimia dalam ubat ketiak atau deodorant
Terdapat kemungkinan deodorant yang dikatakan semula jadi masih mempunyai bahan kimia yang kurang serasi dengan kulit anda
Foliculitis; jangkitan pada folikel bulu ketiak
Benjolan daripada kalenjar limfa yang bengkak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.