Sulit
3 tahun
Benjolan di sebelah kemaluan
Salam doktor, saya berusia 18 tahun. Baru baru ini saya dapati ada satu benjolan kecil di dalam kulit saya di sebelah kiri kemaluan. Benjolan itu terletak betul betul sebelah kemaluan saya tetapi bukan di dalam. ini terjadi apabila saya sering memakai seluar dalam yang ketat. kaki saya cuma terasa kebas sedikit dan saya ada ulser di lidah. saya takut jika saya hidapi kanser. selain itu saya tidak merasa sakit atau ada simptom apa apa. bagaimana ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara punca benjolan atau biji pada kemaluan adalah:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Jangkitan ketuat
- Jangkitan herpes genital
- Gigitan serangga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
[/quote]