
Sulit
4 tahun
Berapa lama harus saya tunggu untuk ketuat hilang sendiri
Saya lelaki,umur 15,saya dapati ada ketuat kat alat kelamin saya.tapi tak besar pun,hanya kecil lagi.adakah ketuat di alat kelamin lelaki boleh hilang…jika boleh berapa lama tempohnya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, secar amnya ketuat pada zakar boleh hilang dengan sendiri tanpa rawatan namun begitu terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan benjolan pada zakar. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dahulu untuk mendapatkan diagnosis yang tepat kerana penyakit yang anda alami mungkin lebih serius.
Antara penyakit yang boleh menyebabkan benjolan pada kemaluan ialah:
- Jangkitan herpes genital
- Jerawat
- Kista (“cyst”)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah