
ann.ismail1990
4 tahun
Berasa sesak nafas tapi tiada batuk atau demam
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ann berusia 30 tahun dan bekerja di putrajaya. Pada 10/3/202 saya telah ke hospital putrajaya bersama ank saya untuk chekup anak saya. Saya ada megalami selsema dan sekarang selsema saya sudah pulih. Cuma sudah 2 hari saya alami sukar bernafas dan meganggu tidur saya. Tapi saya tiada batuk cuma berasa sukar bernafas. Tiada sakit dan sebagainya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Obstructive sleep apnea
- Masalah keresahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.