Anonymous
4 tahun
Berat Berlebihan dan kurang keyakinan diri
Saya Atika, berusia 24 tahun. Saya mempunyai masalah berat badan. Saya sukar untuk menurunkan berat badan. Secara fizikal saya kelihatan sihat, tetapi saya sering keletihan apabila melakukan aktiviti harian. Saya jadi kurang berkeyakinan apabila berada di khalayak ramai. Saya telah menggunakan beberapa produk yang berada di pasaran untuk mengurangkn berat badan saya, tetapi saya berputus asa setelah tidak mendapat hasil dan berat badan semakin meningkat. Apakah pandangan doktor dan saranan yg perlu saya lakukan bagi mengurangi berat badan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, sebaiknya yang anda lakukan adalah:
- Kenalpasti dulu kilogram berat badan berlebihan yang anda hadapi dalam unit body mass index (BMI)
- Dapatkan pemeriksaan oleh doktor untuk mendeteksi adakah anda penghidap penyakit-penyakit yang terkait obesiti seperti hypothyroid, polycystic ovarian syndrome (PCOS) serta lain-lain
- Berbincanglah dengan doktor anda tentang berat badan yang ideal untuk anda
- Hentikan pengambilan ubatan yang tidak dipreskripsikan doktor
- Amalkan gaya hidup sihat seperti elakkan merokok dan meminum alkohol
- Banyakkan bersenam dan beraktiviti sukan
- Jaga pemakanan dengan menghitung calorie intake dan mengkonsumsi makanan sesuai rekomendasi pakar nutrisi
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih