Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Berat tidak bertambah

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Oktober 2, 2019 10:18 AM

Sulit 13 bulan

Saya wanita dalam lingkungan 20-an. Saya mengalami masalah berat badan tidak bertambah. Saya tidak pernah mendapat bmi yang normal sejak saya berada di sekolah rendah lagi. Adakah ini perkara yang membimbangkan? Apakah cara yang boleh dilakukan untuk menaikkan berat badan saya sehingga bmi saya normal?

Dr Ramzdhan 13 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah berat badan sukar naik ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:

  • Penyakit hipertiroid - yang menyebabkan metabolisme tinggi
  • Faktor genetik atau keturunan
  • masalah penghadaman makanan
  • Penyakit kencing manis jenis 1

Untuk mengatasi masalah ini, beberapa langkah boleh diambil seperti:

  • Elakkan makanan segera
  • Makan seimbang yang merangkumi sayuran dan buah-buahan serta sumber protein dan karbohidrat
  • Dapatkan tidur yang secukupnya

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Oct 02 2019 10:18:49 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Dietetik tentang kurang berat badan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
shahidanalex70
Berat badan turun mendadak Saya lelaki berusia 20tahun pada tahun ini, saya tidak pasti penyakit apa yang ada dalam badan saya tapi yang saya tahu berat badan saya turun mendadak dari sebelumnya. Saya tidak tahu puncanya. Boleh… Baca lagi...
9 bulan
Sulit
Berat tidak bertambah Saya wanita dalam lingkungan 20-an. Saya mengalami masalah berat badan tidak bertambah. Saya tidak pernah mendapat bmi yang normal sejak saya berada di sekolah rendah lagi. Adakah ini perkara ya… Baca lagi...
13 bulan
Sulit
Berat badan yang tidak normal, sukar naik berat badan walaupon telah makan dengan banyak dan mengambil vitamin tambahan. Apa yang perlu saya lakukan? Hi doktor, saya wanita berumur 25 tahun. Berat saya dalam lingkungan 38-40. Saya perlukan berat badan 45 ke atas untuk bmi normal. Apa yang perlu saya lakukan untuk tambah berat atau makanan tam… Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Badan susah naik berat Saya dalam 20an. Saya mengalami badan yang terlampau kurus dan susah naik berat badan. Apakah yang perlu saya lakukan untuk naikkan berat badan saya? Elok atau tidak sekiranya saya meminum susu … Baca lagi...
52 hari
Sulit
Susut berat badan dan cirit birit saya lelaki berumur 37thn mempunyai masaalah buang air besar yang tidak normal iaitu cirit birit dan juga keletihan dan kelesuan hampir 5thun. SY telah menjalani prosedur colonoscopy dan ogds se… Baca lagi...
6 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!