
Sulit
4 tahun
Berbintik merah dan gatal dibahagian kepala zakar
Saya mengalami berbintik merah dikepala zakar dan gatal di tepi bahagian zakar kenape ye doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kepala zakar berbintik merah dan masalah kegatalan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Kerap berpeluh
- Mengguna pakaian dalaman yang sempit dan tidak bersih
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Ekzema atopik, alahan kepada bahan yang digunakan pada seluar dalam
- Contact dermatitis
- Jangkitan kelamin (Herpes. Sifilis)
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor