Sulit
4 tahun
Berdarah semasa bersama
Saya wanita berumur 25 tahun … Baru 8bulan berkahwin… selepas bersama suami , ada darah yg bnyak…benda ni terjadi setiap kali bersama suami… Tapi tak sakit…dan setiap pagi bahagian bawah perut sya akan terasa sakit seperti senggugut …kenapa ya? Doktor apa yg perlu sya jumpaa …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan diatas, anda mengalami masalah kemaluan berdarah selepas bersama dengan pasangan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- sakit akibat dari aktiviti seksual
- luka kelamin menerusi teknik yang terlalu agresif
- kelamin wanita yang tidak cukup basah atau terlalu kering
- posisi atau cara bersetubuh yang salah atau tidak lazim
- iritasi atau inflamasi pada organ kemaluan
- gangguan atau alahan kulit
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kelamin
- Vaginismus
- Kelainan anatomi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































