Anonymous
6 tahun
Berhenti suntikan depo
saya telah berhenti mengambil suntikan depo tetapi masih ada keluaran flek coklet kadang-kadang mengeluarkan darah besertakannya. adakah itu normal ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kesan sampingan suntikan depo adalah :
- Kitaran haid yang tidak menentu dan berubah (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
Bagi soalan puan, keluar darah ini mungkin disebabkan oleh darah haid dan haid ini akan kembali seperti normal tetapi mengambil masa kesan dari suntikan depo ini sendiri.
Saya mencadangkan untuk puan bercakap terus dengan pihak kami kerana maklumat lanjut diperlukan untuk kesimpulan dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































