Sulit
3 tahun
Berisiko untuk dapat hiv?
Dua hari yang lalu, saya membuat test blood glukose di rumah. Secara kemalangannya, sisa jarum individu tersebut, tercucuk pada jari saya. Saya juga telah memicit darah keluar dan membersihkan dgn alcohol pad. Jadi, adakah saya berisiko utk mendapat jangkitan hiv tersebut?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, “Human Immunodeficiency Virus” (HIV) merupakan sejenis virus yang menyerang sel-sel imun yang mempertahankan tubuh manusia daripada jangkitan.
Cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak. Risiko jangkitan melalui jarum ialah Kurang daripada 1%.
Untuk kepastian lanjut, anda digalakkan untuk melakukan ujian yang boleh untuk mengenalpasti jangkitan HIV dalam badan anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.