Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Berjaga tengah malam

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 18, 2019 1:43 AM

Anonymous 11 bulan

Hai selamat pagi, sy nak tanya. Ubat tidur tu elok ke untuk orang yang mengalami masalah susah nak tidur waktu malam

Dr Ramzdhan 11 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah sukar tidur akibat pola harian yang sudah dibiasakan. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki pola tidur ini. Pertamanya adalah anda perlu kurangkan tidur siang. Sebaiknya anda ambil rehat atau nap sekitar 5-10 minit sahaja pada waktu siang dan mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya pada malam hari.

Selain itu, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:

  • Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
  • Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
  • Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
  • Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
  • Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa

Anda boleh cuba melakukan tips di atas dan rujuk kepada doktor sekiranya masalah anda berlarutan atau menggangu aktiviti harian anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 18 2019 01:43:48 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Tidak dapat tidur lena Hai saya wanita berumur 22tahun. Saya ingin bertanyakan solan bagi pihak kawan saya which is seorang lelaki. Kebelakangan ini dia mengalami kesukaran untuk tidur lena. Perlukah dia mengambil sup… Baca lagi...
9 bulan
hartini
Sukar tidur atau insonmia saya wanita berusia 50 tahun dan sekarang mengalami kesukaran untuk tidur dan akan terjaga tiba2 dan amat sukar untuk tidur semula saya memerlukan nasihat doktor Baca lagi...
9 bulan
Anonymous
Sukar Untuk Tidur Pada Waktu Malam Saya seorang perempuan berumur 20 tahun. Saya mengalami masalah susah tidur malam. Saya akan menangis setiap malam. Saya tidak dapat ungkap perasaan apa yang saya rasa. Saya cuba untuk tidur dan saya … Baca lagi...
13 bulan
Sulit
Tidak boleh tidur malam Saya remaja 17 tahun. Baru2 ni saya lemah dan susah untuk tidur malam. Bila pagi baru saya akan tidur. Bila saya bangun. Saya rasa mual dan pergi ke tandas. Tapi saya tak muntah. Saya jalan untu… Baca lagi...
7 bulan
Sulit
Susah tidur pada waktu malam Hi dktr… sy Ada insomnia since Sept … sy Ada anxiety disorder jg… tp skrg anxiety sdh ok… Cuma ada masalah tidur… dah jumpa dktr , Ada bagi ubat tidur tp dktr x sarankn makan sllu… Dah amalkn sc… Baca lagi...
6 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi