
Sulit
4 tahun
Bersama pada hari subur dan nak makan suppliment detoxs
salam doktor. saya nak tanya saya ada bersama suami dua hari lepas dan saya telah check menggunakan opk. Opk menunjukkan yang saya subur pada hari tersebut. pertanyaan saya, bolehkah saya consume suppliment untuk detox dan mmg tak sesuai utk wanita hamil sekarang?? sebab belum confirm sama ada saya akan hamil atau tidak. Ada apa-apa effect ke sekiranya hasil drpada hubungan tu sy hamil??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, anda mengambil suplemen detox dan bertanyakan kesannya. Seperti yang kita sedia maklum, suplemen hanyalah nutrisi tambahan untuk badan dan i hadir dalam pelbagai jenis serta kandungan. Sebelum kami mengulas lanjut berkenaan dengan suplemen anda, kami perlu untuk mengetahui kandungan dan jenis suplemen bagi memastikan sama ada ia berbahaya untuk kandungan ataupun tidak.
Anda juga digalakkan untuk melakukan ujian kandungan melalui air kencing bagi menentukan sama ada anada benar-benar mengandung ataupun tidak. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan ahli farmasi anda atau bercakap dengan kami pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian mengenai penggunaan suplemen yang bersesuaian ketika mengandung. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.