Anonymous
6 tahun
Betul kan hormon setelah berhenti mengambil depo
Hai doc. Sy berumur 30. Ank sudah berumur 2tahun. Boleh doc terang kan, berapa lama utk pulihkan kitaran period sy selepas sy berhenti cucuk depo. Sy ambil depo selama 9bulan. Dan merancang utk tambah ank lagi. Harap doc sedia membantu soalan sy. Baru - baru ni, sy ambil pil hormon Yasmin di farmasi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, suntikan depo akan berada dalam badan anda selama 15 minggu setelah anda suntik. Rata-rata wanita yang mendapat suntikan depo mula subur 10 bulan setelah suntikan terakhir. Menurut kajian yang dilakukan oleh pengeluar ubat, terdapat wanita yang mula subur seawal 4 bulan setelah suntikan terakhir, malah ada yang sehingga 31 bulan setelah suntikan terakhir.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































