
Sulit
5 tahun
Beza antara Gastrik dan gerd
Assalamualaikum. Sy wanita berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Sy selalu sendawa, sakit dada dan kadang2 sesak nafas. Bila sy google sy dapati tu antraa simtom penyakit gastrik tp sy jarang sakit pada perut. Perut sy skt bla sy mkn ubat angin. Kadang sy confuse sma ada sakit sy tu adlh mslh gastrik atau gerd sbb tandanya lbih kurg sama. Bole sy tabu apakah prbezaan antara kdua pnykit trsebut dan adkh ubat kdua2nya sama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah gastrik atau gastritis merupakan inflammasi di permukaan dalaman perut anda. GERD pula merupakan refluks asid dari perut ke dalam esofagus anda. Rawatan gastrik biasanya ubat antacid. Rawatan GERD pula lebih kepada pengubahsuaian cara hidup seperti menurunkan berat badan. Ubat anatacid juga boleh digunakan untuk mengawal simptom dalam GERD.
Sakit dada dan sesak nafaas pula boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.