
Sulit
5 tahun
Biji biji air Di kaki merebak sehingga kan keinginanan untuk menggaru kerana tidak selesa
Saya berumur 23 tahun. Kaki saya tiba tiba ditumbuhi biji biji air yang gatal sehingga ianya merebak. Adakah boleh jika rendam kaki menggunakan air garam?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, maklumat yang diberikan adalah sangat terhad dan pemeriksaan juga perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca masalah ini. Pada umumnya, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa jenis penyakit kulit seperti
- cacar air (chicken pox)
- gigitan serangga
- penyakit tangan, mulut dan kaki (HFMD)
- dermatitis alahan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.