Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Biji di kawasan bulu kemaluan

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: November 20, 2019 12:57 AM

Sulit 7 bulan

Saya lelaki. Mulanya biji tersebut telah lama ada tapi hanya sekadar timbul sahaja tetapi hari ini ianya menjadi seperti jerawat iaitu merah dan mengeluarkan air. Adakah normal?

Dr Ramzdhan 7 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah biji kemerahan di daerah kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
  • seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut
  • contact dermatitis akibat pemakaian seperti bahan pakaian yang tidak menyerap peluh
  • candidiasis iaitu jangkitan sejenis kulat
  • flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun

Harus diketahui bahawa pengubatan untuk masalah ini harus ditangani dengan konsisten. Antara yang digalakkan untuk anda lakukan bagi mengurangkan kejadian ulang masalah kulit di daerah tersebut adalah:

  • Mengurangkan berat badan agar kulit peha tidak bergesel
  • Mengelakkan memakai seluar yang ketat
  • Pastikan bahagian tersebut kering. Kenakan bawahan dari bahan yang menyerap peluh seperti kapas
  • Elakkan berkongsi tuala atau menggunakan tuala yang lembap
  • Jauhi berkongsi pakaian dalam ataupun cadar dan sebagainya

Bagaimanapun, sekiranya penyebab masalah ini tidak diatasi, ia dapat berulang lagi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Nov 20 2019 00:57:47 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Ketulan biji di belakang badan Berumur 23 tahu,ketulan biji di belakamg saya,sudah lama ada and sblum ni kalau di picit tak rasa sakit,start sehari lepas ada seperti bisul muncul di bawah ketulan itu and rasa tidak di tempat … Baca lagi...
6 hari
Sulit
Muka gatal terasa sesuatu bergerak sehingga rasa gatal Dan merah kekal Saya lelaki berumur 27 tahun.Saya Ada terasa gatal pada kulit muka seperti terasa sesuatu bergerak ke satu tempat sehingga terasa gatal Dan apabila menyentuh dengan jari untuk gosok ianya terus … Baca lagi...
21 hari
Sulit
Gatal di bahagian belakang Hai doktor, saya berumur 18tahun, di belakang saya sering mengalami kegatalan kulit sehinggakan saya tidak selesa, saya rasa gatal itu bukanlah stu ruam,tetapi mungkin sebaliknya! Boleh saya tah… Baca lagi...
23 hari
Sulit
Kegatalan di bahagian punggung Hi, saya masih remaja berusia 18 tahun. Saya telah mengalami rashes yang agak teruk especially bilaa digaruu. At first, ia gatal pada bahagian punggung sahaja but lama kelamaan dia merebak ke se… Baca lagi...
10 hari
hairi_fly160
Gatal muka sehingga kemerahan bila disentuh seperti benda bergerak jd gatal berjalan di muka Saya lelaki berumur 27 tahun.Saya Ada terasa benda bergerak pada bahagian muka kekadang I berjalan Sana sini Dan apabila Saya menyentuh semasa benda it berjalan terus Dan gatal terus say sentuh sikit … Baca lagi...
21 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi