
Sulit
4 tahun
Biji di tepi kamaluan
saya wanita berusia 24 dh sdh berkhwin… saya perasan baru2 ni mcm ad biji kecil di tepi kemaluan saya apakah itu ya? biji tu saya picit bagi hilang tp timbul balik bila picit berasa pedih adkah bahaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang biji di tepi kemaluan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak pasti apakah biji ketulan yang anda katakan. Seeloknya anda ke klinik untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui hal sebenar. Saya tidak boleh mendiagnosis ketulan tersebut tanpa pemeriksaan fizikal.
Oleh itu, sila ke klinik berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan.
Anda masih risau tentang ketulan pada kemaluan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.