
Anonymous
5 tahun
Biji gatal di kemaluan
saya bertanya bagi pihak suami saya, sejak beberapa bulan dia mengalami biji2 merah berair di kemaluannya. Biji2 itu hilang lepas tu ada semula. Tetapi biji2 tu tumbuh setompok sahaja. Kami tiada berhubungan intim selama setahun kerana saya mengandung dan baru lepas bersalin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, gejala yang suami anda hadapi mungkin merupakan salah satu gejala jangkitan kemaluan, alahan atau kecederaan. Antara perkara yang boleh menyebabkan gejala tersebut adalah:
- Jangkitan sifilis
- Jangkitan herpes genital
- Alahan terhadap bahan kimia seperti sabun pencuci
- Luka atau alahan terhadap geseran pada fabrik pakaian
Untuk mengetahui punca masalah yang suami anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.