Sulit
2 tahun
Biji ketulan di bawah permukaan kulit di lengan
hi dr. saya ada ketulan kecil di bawah permukaan kulit di lengan. Ianya keras dan kecil . Jika diraba menggunakan jari boleh dirasai dan sebesar biji kacang hijau. Terdapat dlm 6-10 biji kecil di lengan kiri dan kanan. Size tidak berubah besar dari biji kacang . Ia ada sejak 10 tahun yg lalu dan tidak sakit atau membuatkan lengan terasa lenguh. Biji terasa keras tp boleh digerakkan sedikit ke kiri dan kanan. Adakab ianya cancer?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan virus, bakteria atau kulat pada kulit
- Neurofibroma
- Lipoma
- Ruam peluh
- Sista sebum (sebaceous cyst)
- Kanser
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Walaupun begitu, sukar untuk kami katakan sama ada ketulan yang dialami oleh anda merupakan kanser ataupun disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain berdasarkan soalan sahaja memandangkan maklumat lanjut daripada sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.