Sulit
6 tahun
Biji2 di kemaluan perempuan
Sy berumur 29…sy igin tahu biji2 di kemaluan sy berpunca drpd apa ye doktor?bila sy kopek biji2 tu keluar darah…atau de ke ubat yg jual di farmasi?biji2 ni akan sentiasa ada ke sepanjang hayat sy?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan atau “biji” yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) seperti kista Bartholin
- Jerawat
- Abses atau nanah dari jangkitan
- Ketumbuhan vulva
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































