
Sulit
4 tahun
Bila waktu yang sesuai untuk buat ujian HIV
Saya telah membuat ujian darah di klinik swasta pada hari ke 31 selepas dedahan berisiko. Dan dapat result pada hari ke 33. Result adalah non-reactive.
Pada masa yg sama juga saya ada juga ada membuat ujian sendiri menggunakan rapid kit test pada hari ke 33. Result adalah negatif.
Adakah ianya memadai buat ujian dalam tempoh ini atau kena tunggu lama sikit? Sebab info dari web ini masa yg paling sesuai dalam tempoh 4 minggu selepas dedahan berisiko

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Anda boleh melakukannya 1-2 bulan selepas pendedahan kepada aktiviti berisiko tinggi untuk HIV.
Untuk pengetahuan anda, HIV bermaksud human immunodeficiency virus (HIV). Ia adalah virus yang boleh menyebabkan AIDS jika tidak dirawat. Kebanyakan orang mendapat jangkitan HIV melalui aktiviti seksual dan penggunaan jarum seperti jarum suntik.
Jangkitan HIV boleh merebak hanya melalui cecair badan tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani atau lebih dikenali sebagai air mazi, cecair rektum, cecair faraj, dan susu ibu. Jangkitan HIV tidak boleh merebak dalam air liur, air mata, air kencing dan peluh. Cecair ini mesti bersentuhan dengan lapisan mukosa atau tisu yang rosak atau disuntik terus ke dalam aliran darah (daripada jarum atau jarum suntikan) untuk penyebaran virus HIV berlaku. Lapisan mukosa terdapat di dalam rektum, faraj, zakar, dan mulut.
Sekiranya anda dan pasangan anda tidak pernah bersentuhan dengan cecair di atas atau suntikan jarum, maka anda tidak perlu risau tentang mendapat hiv.
Sekiranya anda mempunyai persoalan yang selanjutnya mengenai HIV, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih