Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bintik-bintik merah di badan dan tangan

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Ogos 6, 2020 9:31 AM

Sulit 52 hari

Hai doktor…saya mahu bertanya…di tangan saya mempunyai bintik-bintik kecil berwarna merah…saya mahu mengetahui…iti penyakit apa dan apa solisinya…tq

Dr Sri Viknarajan 52 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu bintik bintik merah. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Jangkitan kulat
  • Ekzema: biasanya disebabkan alahan
  • Kurap (ringworm)
  • Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
  • Psoriasis
  • Digigit serangga atau nyamuk

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Aug 06 2020 09:31:32 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Dr Ramzdhan 52 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.

Berdasarkan maklumat di atas, kami memerlukan informasi yang lebih spesifik mengenai bintik-bintik tersebut seperti saiz, bentuk, lokasi, warna sekeliling dan juga penebalan kulit jika ada. Kami juga ingin mengetahui sama ada anda mengalami simptom-simptom umum seperti demam, menggigil, gatal, pening kepala, muntah atau berpeluh malam.

Berikut merupakan punca-punca bintik-bintik merah pada kulit seperti:

  • Urticaria
  • Alahan kulit (Allergic)
  • Gigitan serangga
  • Denggi
  • Jangkitan bakteria atau virus
  • Contact Dermatitis
  • Angiomas
  • Penyakit autoimmune

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.

Dikemaskini pada: Thu Aug 06 2020 09:48:59 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang penyakit kulit secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Selamat sejahtera , saya nak bertanya tentang isu keputihan saya dah berkahwin berumur 26 tahun, mempunyai masalah keputihan agak teruk , sebelum ini saya ada pergi cek up di KK , Saya dan suami di beri Ubat antibiotic dan ceftriaxone injection selepas 2… Baca lagi...
29 hari
Sulit
Dahi mengalami pertumbuhan jerawat secara tiba2 Hi dr, saya ingin bertanya masalah ini. Dahi saya mengalami pertumbuhan jerawat secara tiba2, adakah ia nya Eosinophilic Folliculitis? Bersaiz kecil besar dan gatal. Ianya adalah breakout di dah… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Terkena minyak panas Saya baru terkena minyak panas di dahi dan hanya permukaan luar kulit sahaka tpi kulit saya sedikit terkopek , adakah ianya berisiko jdi parut keloid? Thankyou doktor Baca lagi...
21 hari
Sulit
Tangan biji Merah menjadi luas permukaan lbh merah selepas Saya lelaki 20 tahun. Tangan saya ada 4 atau 5 biji merah ( sudah lebih 10 hari) masih warna kulit purple merah dan yg ada hitam . Dan apa bila selepas mandi dan lap badan saya, biji tangan sye … Baca lagi...
19 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15