
Sulit
5 tahun
Bintik merah pada kemaluan
Sy wanita berumur 24tahun… pada minggu lalu sy mengalami demam 2 hari berturut2 … sy juga turut mengalami gatal dan keputihan yg teruk pada kemaluan… kemudian sy mendapati ada bintik merah yg banyak pada kemaluan sy… bintik tersebut amat sakit ketika kencing dan jika terkena air … adakah sy dijangkiti penyakit kelamin ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.