
Sulit
4 tahun
Bintik pada zakar,terasa sakit disentuh dan rasa ngilu
salam sejahtera, saya nak bertanyakan kalau ada bintik merah pada zakar itu bisul atau tiada apa-apa.rasa sakit bila sentuh dan ngilu pada zakar.cukupkah hanya dengan tuam air panas sahaja untuk sembuhkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Antara punca bintik merah di bahagian kemaluan adalah:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Anda disarankan untuk:
- Elakkan bertukar pasangan
- Pakai kondom sewaktu melakukan hubungan seksual
- Elakkan menjalinkan hubungan seksual sewaktu dijangkiti penyakit kelamin
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.