Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bintik putih pada miss v

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 17, 2021 9:20 AM

Sulit 3 bulan

Saya wanita 22 tahun ,sekarang saya mengalami bintik putih pada miss v & sekarang dia dah pecah sakit sangat . Boleh saya tahu kenapa ? Dan cara nak hilangkan bintik putih & keputihan macam mana ?

Dr Sashini Seeni 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan

Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami gejala bintik putih pada kemaluan dan ianya telah pecah menyebabkan kesakitan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini

Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Kurang penjagaan kebersihan
  • Kerap berpeluh
  • Pakaian dalam yang terlalu ketat

Namun gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara yang serius dan memerlukan pemerhatian lebih lanjut seperti:

  • Jangkitan herpes
  • Ketuat kelamin
  • Bartholin’s cyst
  • Folliculitis (Keradangan pada folikel bulu)
  • Dermatitis
  • Hidradenitis suppurativa (kelenjar peluh tersumbat)

Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana cara untuk menghilangkan bintik putih dan masalah keputihan yang dialami oleh anda.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Dikemaskini pada: Thu Jun 17 2021 09:20:08 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19