
Sulit
4 tahun
Bisul di celah punggung
Saya wanita berumur 22 tahun. Area celah punggung saya sering timbul bisul. Dah bnyk kali pergi klinik pon still naik lagi. Lepas hbis ubat antibiotik je mesti naik balik. Kadang doktor kata cacar air kadang bisul. Dan bisul tu kadang keras dan kadang nipis mcm ada air dalamnya. Saya tak tau punca nya apa dah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mendapat masalah sebegini berulang:
- Radang kulit (dermatitis)
- Pakaian yang tidak bersih atau terlalu ketat
- Penjagaan diri yang kurang memuaskan
- Sistem imun yang rendah
- Kencing manis
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Walau bagaimanapun ini hanyalah pandangan kami secara umum dan memerlukan maklumat lanjut untuk mengetahui mengapa anda mengalami maslah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar untuk mengetahui masalah sebenar.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan lanjut daripada doktor kami. Terima kasih.