ryujin123457890
4 tahun
Bisul lebih daripada satu di kemaluan
HAi Doc, Bibir miss V saya ada 5 bisul, dan ianya menakutkan saya, saya telah bertemu dengan doctor dan diberikan antibiotik serta ubat sapu, namun bisul ini masih tidak pecah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda telah berjumpa dengan doktor dan telah mendapatkan rawatan antibiotik serta ubat sapu yang sepatutnya. Namun begitu anda risau kerana bisul masih belum pecah.
Saya cadangkan untuk anda meneruskan sahaja rawatan yang telah diberi doktor dan beri lebih masa untuk ianya berkesan. Anda tidak digalakkan untuk memecahkan sendiri bisul tersebut kerana takut dijangkiti. Namun sekiranya selepas beberapa minggu, keadaan bisul anda masih sama atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor lagi bagi mendapatkan permeriksaan lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.