Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Blood test biasa boleh kesan hiv?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 30, 2020 11:54 AM

Sulit 42 hari

Saya lelaki berumur 22 tahun, saya telah membuat ujian darah untuk satu prosedur pembedahan, adakah ujian darah biasa dapat mengesan status HIV?

Dr Sri Viknarajan 42 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Saya memahami persoalan yang anda sampaikan. Untuk pengetahuan anda, ujian darah merupakn satu prosedur yang digunakan dalam pelbagai jenis pemeriksaan bergantung kepada indikasi. Jika pemeriksaan darah anda tidak merangkumi HIV maka ia tidak akan dapat untuk menilai status jangkitan.

Bagi mengesahkan jangkitan HIV, beberapa jenis ujian darah boleh digunakan seperti:

  1. Ujian asid nukleik boleh mengesan jangkitan HIV 10-33 hari selepas pendedahan.
  2. Ujian kombinasi antigen/antibodi bagi darah yang diambil dari vena boleh mengesan jangkitan HIV 18-45 hari selepas pendedahan. Ujian menggunakan darah dari jari telunjuk mengambil masa yang lebih lama untuk mengesan HIV (18-90 hari selepas pendedahan).
  3. Ujian antibodi biasanya mengambil masa 23-90 hari untuk mengesan jangkitan HIV. Kebanyakan ujian cepat dan ujian rumah yang boleh dibeli adalah jenis ujian antibodi.

Anda boleh mengunjungi klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta untuk diuji. Untuk mencegah HIV, praktiskan hubungan seks yang selamat menggunakan kondom dengan betul dan pertimbangkan pengambilan ubat untuk mencegah HIV jika anda menghadapi risiko tinggi.

Dikemaskini pada: Sat May 30 2020 11:54:09 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
3 bulan lepas saya ada melakukan hubungan seks dgn seorg pelacur tnpa menggunakan perlindungan. Dan sekarang saya mengalami gejala demam sudah hampir seminggu nmen Saya berasa lesu dan mengantuk sepanjang masa disamping badan berasa panas seram seram sejuk. Adakah kebarangkalian saya mungkin terjangkit hiv setelah 3 bulan lepas terdedah dlm aktiviti berisi… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Adakah Sejak Start Rawatan Haart kesan lagi teruk saya lelaki 30 an. tiga bulan lepas saya mengalami cirit birit sehingga dimasukkan kehospital selama 4 hari. Pemeriksaan darah diambil dan saya didapati positif hiv. sample najis juga diambil da… Baca lagi...
44 hari
Sulit
Parut kudis bagi pesakit aids/hiv Saya ada masalah parut kudis yang agak lama…saya seoramg pesakit aids/hiv dan saya di dalam treatment haart…apakah produk yang sedusuai utk menghilangkan parut kudis macam saya Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Adakah saya akan dijangkiti oleh penyakit HIV atau tidak Hi doc, saya pernah melakukan hubungan sejenis dah hampir melakukan anal seks tanpa perlindungan tetapi saya hanya memasukkan sebahagian zakar saya kedalam dubur dan mengeluarkan balik atas dasa… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Masalah hiv rapid test kit saya nak tanya saya ada beli hiv rapid test kit di di shopee pertama saya guna result test is negatif jadi saya simpan 3-4 hari line masih negatif sampai hari ini timbul line sangat blurr pad… Baca lagi...
58 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi