Sulit
3 tahun
Boleh kah Vericose vein sembuh?
Baru2 ni anak sy terpilih utk calon putera MTD… Semasa sesi medical checkup anak sy didapati menghidap vericose vein… Tetapi di betisnya tiada urat yg timbul…
Adakah vericose vein ini boleh pulih?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya varicose vein pada testis juga dinamakan sebagai varikosele. Iaitu terjadinya suatu pembengkakkan pada saluran darah vena di sekitar testis & skrotum. Komplikasi kepada gangguan ini lazimnya tertumpu kepada potensi gangguan kesuburan. Kebanyakan individu yang menghidapinya (terutama yang masih muda) disarankan untuk melakukan operasi, namun ia tetap bergantung kepada kondisi kesihatan & kesuburan masing-maing.
Walau bagaimanapun, kondisi yang dialami oleh anak anda juga boleh disebabkan oleh beberapa kelainan yang lain seperti:
- Angin pasang atau hernia
- Inflamasi testikel
- Jangkitan kuman
- Varikosele
- Hydrocoele
- atau gangguan kelamin yang lain
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anak anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pihak kami. Justeru itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.