qaseh

4 tahun

Boleh ke kalau saya nak cuba ubat-ubatan herba

Salam doc, selain ubat statin, boleh ke kalau saya nak cuba ubat-ubatan herba? Statin still akan ambik, tapi nak cuba ikhtiar lain pulak.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Ramai pesakit yang memilih ubat herba sebagai salah satu cara rawatan penyakit. Namun, kebanyakan orang tidak mengetahui herba-herba mana sebenarnya yang ditambah dalam ubat herba tersebut. Sesetengah pengeluar ubat-ubatan herba yang tidak bertanggungjawab akan mencampurkan ubat herba dengan bahan-bahan lain untuk memberikan kesan yang cepat kepada pesakit agar mereka boleh mengaut keuntungan yang lebih tinggi.

Oleh itu, pesakit harus lebih peka sekiranya ubat herba tersebut berupaya memberikan kesan yang diingini dalam jangka masa pendek. Kebanyakan masa ubat-ubatan ini boleh memberikan kesan yang positif mula-mulanya, tetapi membahayakan kesihatan kemudian. Ubat herba yang mengandungi sesetengah bahan adalah produk yang tidak didaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Ini bermakna ubat-ubatan ini tidak melepasi ujian seperti ujian kualiti dan keselamatan, terutamanya ujian saringan logam berat. Pendedahan kepada bahan-bahan ini boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang, kerosakan paru-paru, kecacatan janin dan lain-lain.

Panduan untuk menggunakan ubat-ubatan herba adalah seperti berikut:

  1. Anda mesti memastikan ubat herba yang hendak diambil merupakan ubat yang berdaftar. Nombor pendaftaran biasanya mempunyai huruf T di hujung 8 digit nombor dan ia boleh disemak di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara pada bahagian ‘Cari…’ dengan memasukkan nombor pendaftaran. Ubat herba tersebut selamat digunakan jika maklumat pada label ubat adalah sama dengan hasil carian.

  2. Anda harus memastikan terdapat pelekat berwarna perak atau hologram pada botol ubat herba. Anda boleh meminta bantuan ahli farmasi untuk mengesahkan ketulenan hologram tersebut.

  3. Sebelum menggunakan uba-ubatan herba, sila dapatkan nasihat doktor anda.

  4. Anda harus mengambil ubat statin yang diberi oleh doktor anda seperti biasa melainkan doktor yang memberi arahan untuk menghentikan ubat tersebut. Ini adalah untuk mengawal tekanan darah dan mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.

  5. Anda perlu memberitahu doktor jika anda ingin mengambil ubat herba selain ubat yang biasa diambil untuk mengelakkan interaksi antara ubat.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)