Sulit
3 tahun
Bolehkah makan lewat pil perancang? Sy makan postuner pd pukul 1.30 Pg dan sepatutnye akan makan selepas 12 jam… Bolehkah sy lewat kan sehingga buka puasa?
Sekiranya sy bersama dgn suami
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pil Postinor merupakan pil pencegah hamil kecemasan kerana pil pertama harus diambil dalam masa 72 jam selepas bersetubuh untuk berfungsi secara efektif (88%) dan pil kedua diambil 12 jam selepas pil pertama. Berkenaan soalan puan, tiada masalah untuk mengambil pil Postinor yang kedua dalam masa kurang dari 12 jam selepas pengambilan pil pertama juga.
Anda juga harus mengambil nota bahawa pil Postinor-2 hanya boleh digunakan dalam kecemasan sahaja, jangan mengambilnya terlalu kerap. Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid kerana akan menganggu kitaran haid. Anda harus menggunakan pil atau teknik pencegah kehamilan yang lain seperti kondom atau pil harian jika aktif dalam menjalinkan hubungan intim.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.