
Sulit
3 tahun
Bonjolan bawah kulit pada kemaluan wanita
Saya berumur 25 tahun. Saya perasaan ada bonjolan di bawah permukaan kulit kemaluan wanita…bonjolan itu rasa seperti bonjolan nanah dan sakit apabila tekan…tetapi tidak muncul atas kulit. Adakah ini disebabkan cukur rambut? Bagaimana saya boleh merawat ia doktor…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ketulan/benjolan di kemaluan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak pasti apakah ketulan yang anda katakan. Seeloknya anda ke klinik untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui hal sebenar. Saya tidak boleh mendiagnosis ketulan/benjolan tersebut tanpa pemeriksaan fizikal.
Oleh itu, sila ke klinik berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan.
Anda masih risau tentang ketulan pada kemaluan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.