Sulit
4 tahun
Brakn ct scan and misperiod
Saya wanita lingkungan 47thn. sya misperiod almost 2 mnths tanpa sya sedar. sblm ni sya ada buat brain ct scan. boleh ke sya mkn ubt turun darah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























