Sulit
3 tahun
Buah untuk ibu hamil first trimester dan trimester setrusnya
Assalam hai doctor… Sy nak tnya buah apa yg frbaik untuk ibu hamil first trimester dan trimester yg strusnya… Adakah smua buah elok untuk ibu hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Waalaikumsalam dan hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, buah merupakan makanan yang mempunyai banyak nutrisi dan vitamin. Oleh itu, sangat digalakkan untuk anda mengambil banyak buah. Selain itu, tidak ada buah yang khusus untuk trimester tertentu. Semua buah-buahan baik untuk setiap masa.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.