Sulit
6 tahun
Buang air besar berdarah apabila diteran
Salam dan selamat sejahtera. Saya dah baca beberapa soalan mengenai isu ini. Cuma saya nak dapatkan kepastian, bagi masalah saya, apabila saya berak dengan gaya meneran, selepas itu akan ada keluar darah. Tetapi bila saya amalkan makanan serat utk memudahkan saya berak, apabila sakit perut dan berak selepas itu,saya dapati gejala berdarah tu dh tk berlaku. Adakah punca saya berak berdarah adalah daripada gejala meneran? Kalau iya, Apakah punca dr segi saintifik?
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah berak berdarah boleh disebabkan oleh beberapa faktor:
- Buasir
- Sembelit
- Radang usus
- Luka pada saluran usus
- Rekahan dubur (anal fissure)
- Kanser rektum/ usus
Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai punca berak berdarah di sini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


























