
Sulit
3 tahun
Buang air kecil tidak lawas
Hi, sy berusia 26th. Sejak akhir-akhir ini saya mengalami buang air kecil tidak lawas. Sebelum dan selepas buang air kecil akan rasa kurang selesa dibahagian kemaluan. Akibat tidak selesa kadangkala sy terpaksa mengosok sedikit supaya air tersebut keluar. Apakah penyakit ini, jalan penyelesaian dan puncanya ? Harap boleh bantu saya. Terima Kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Sila berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera jika anda mengalami:
- Sakit semasa membuang air kecil
- Sakit pada bahagian bawah perut
- Kerap rasa nak kencing walaupun kuantitinya sedikit
- Kencing berbau busuk
- Air kencing mengandungi darah
- Sakit ketika melakukan hubungan seks
- Air kencing keruh
- Demam dan menggigil.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran dengan mendapatkan pendapat daripada doktor pakar bertauliah kami
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.