
Sulit
4 tahun
Cairan coklat sebelum period
Saya berumur 24 tahun dan belum berkahwin… Pada bulan 5, Saya dapati ada cairan coklat keluar selama seminggu dan hanya sedikit darah… Bulan 6,period saya normal tiada cairan coklat, darah haid keluar macam biasa(28/6-6/7)… Namun pada 19/7,cairan coklat muncul lagi sekali…adakan masalah saya ini normal?adakah saya perlu membuat pemeriksaan lanjut ke doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami akan kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid coklat ataupun dikenali sebagai spotting. Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.