Sulit
2 tahun
Cairan kekuningan selepas haid
Hai. Saya wanita 26 tahun . Saya mengalami masalah cairan kekuningan dari faraj selepas haid. Adakah ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah cairan kekuningan dari faraj selepas haid dan anda ingin mengetahui adakah keadaan ini normal. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Keputihan normal
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Ketidakseimbangan hormon
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Bacterial vaginosis (ketidak seimbangan bakteria faraj)
- Jangkitan pada saluran kencing ( Urinary Tract Infection )
- Jangkitan transmisi seksual ( Sexually Transmitted Infection )
- Radang pelvis ( Pelvic Inflammatory Disease )
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih