haziq

6 tahun

Calit darah bewarna merah terang selepas saya buang air besar

Ade calit darah bewarna merah terang selepas saya buang air besar. Tidak selalu berlaku tetapi saya perasan semasa cuci bahagian bawah. Tlg Dr. , saya risau.

Salam sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Seperti yang anda telah nyatakan, anda mempunyai pendarahan selepas membuang air besar. Ini menunjukkan bahawa anda memgalami buasir atau dikenali sebagai hemorrhoids.

Buasir adalah urat bengkak di bahagian dubur dan anus anda yang boleh menyebabkan pendarahan semasa anda membuang air besar. Buasir adalah salah satu punca pendarahan rektum yang paling biasa.

Simptom buasir adalah:

  • Pendarahan tanpa rasa sakit semasa membuang air besar
  • Kegatalan atau kerengsaan di kawasan dubur
  • Sakit atau ketidakselesaan
  • Bonjolan kecil pada dubur.

Terdapat beberapa cara bagi menangani masalah ini seperti krim dan salap topikal boleh mengurangkan kesakitan. Selain itu, lebihkan makanan yang berserat tinggi dan minum air yang secukupnya.

Rawatan yang paling biasa untuk buasir adalah “rubber band ligation”.
Sekiranya simptom anda berterusan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Selamat petang! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan semasa membuang air besar. Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit buasir atau haemorrhoids.

Buasir terbentuk daripada tisu bahagian dubur yang bengkak akibat aliran darah yang tidak lancar. Selain perdarahan, buasir juga sering menyebabkan gejala lain seperti kegatalan dan benjolan di bahagian dubur.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mengenal pasti punca kepada masalah anda. Oleh sebab kondisi-kondisi lain seperti kanser usus boleh menyebabkan perdarahan semasa membuang air besar juga, anda akan dirujuk kepada pakar pembedahan untuk sesi endoskopi.

Semasa proses endoskopi, endoskop akan dimasukkan ke dalam usus anda melalui bahagian dubur untuk mengesan sebarang ketumbuhan di dalam usus anda. Jika anda disahkan menghidap buasir, anda akan dirawat dengan rawatan konservatif dahulu.

Pengambilan serat boleh membantu mengecutkan buasir dan mengurangkan perdarahan. Jika rawatan konservatif adalah tidak berkesan atau perdarahan dari buasir adalah terlalu banyak, pembedahan kecil adalah diperlukan untuk membuang buasir tersebut.

Anda amat digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari seorang doktor yang bertauliah.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)